Buat anak -anak yang bakal mengambil UPSR tahun ini.
Faedah Belajar berkumpulan.
1. Meningkatkan keinginan untuk belajar.
2. Membangkitkan semangat kerjasama untuk mencari ilmu.
3. Memberi motivasi dan semangat belajar yang tinggi.
4. Menjalin persahabatan yang positif.
5. Membuang rasa bosan dan mengantuk serta lebih fokus.
6. Bertukar ilmu dan maklumat.
7. Belajar bekerja dan menguruskan kumpulan.
8. Melatih diri agar lebih berdisplin.
9. Menjimatkan masa.
10. Dapat menilaikan pencapaian rakan yang lain dan juga diri sendiri.
Apa yang di catitkan hanya lah sebahagian kecil dari faedah belajar secara berkumpulan. Apakah pandangan anda?
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada En Nizam dan En Sopi atas initiatif anda kerana mewujudkan blog ini untuk kami ibu bapa pelajar SRK SB1. Saya menyokong penuh atas segala tindakan yang baik untuk anak-anak kita semua.
Untuk group study, saya mencadangkan agar anak-anak ini dicampurkan diantara murid yang pandai, sederhana dan kurang pandai. Ini bagi membolehkan mereka bertukar fikiran dan tidak rasa tersisih bagi murid yang kurang bijak. Saya rasa adalah tidak adil sekiranya pihak sekolah atau ibu bapa hanya fokus kepada murid-murid yang pandai sahaja bagi menaikkan prestasi sekolah. Adalah wajar setiap murid diberi perhatian yang sama rata. Walaupun keputusan 5A sebelum ini hanyalah dari kelas A -yang terbaik, tetapi saya rasa murid dari kelas B,C,D,E dan seterusnya haruslah diberi peluang.
Salam
Pn Izan.
Salam sejahtera.
ReplyDelete"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Surah Al-Mulk, ayat 2).
Bak kata pepatah, bulat air dik pembentung bulat kata dik muafakat.
Sekalung tahniah buat Nizam, Sopi dan rakan-rakan AJK PIBG SK1, Selayang Baru (SK1SB) sessi 2009/2010 yang telah menhilhamkan dan megadakan majlis permuafakatan ibubapa tahun enam pada hari Sabtu (11 hb April 2009) bagi tujuan mereliasasikan rancangan kemajuan pendidikkan anak -anak yang sedang belajar di SK1SB khususnya murid-murid tahun enam.
Semoga usaha baik anda diberkati Allah jua...... Kepada ibubapa yang lain, adalah diharapkan agar semuanya dapat melibatkan diri dengan aktif sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan cita-cita murni ini. Sesungguhnya rancangan yang baik hanya tinggal rancangan sekiranya tiada muafakat di antara kita untuk melaksanakannya. Biarlah kita bermula dengan langkah pertama meski pun langkahnya kecil, kerana tiada langkah kedua dan seterusnya tanpa langkah pertama.
Ayuh, marilah kita mulakan langkah pertama itu secepat mungkin dengan niat tulus ikhlas demi kebaikkan bersama dalam mencari redhaNya. Bijak sini, bijak sana......
"" Creating Possibilities""
Wassalam
Naim
Terima-kasih kepada En Naim dan Pn Izam kerana memberikan pandangan dan ulasan. Ya, saya bersetuju dengan pendapat Pn Izan agar di campurkan murid murid ini didalam study group itu nanti. Saya telah mencadangkan agar satu perjumpaan lanjutan diadakan untuk membincangkan perlaksanaan aktiviti ini. Harap dapat memberikan maklum balas buat cadangan tersebut.
ReplyDeleteInsyallah, saya akan memberi kerjasama demi masa depan anak-anak murid semua. Untuk pengetahuan En Nizam saya mencadangkan supaya perjumpaan diadakan pada hari Sabtu minggu 1 atau minggu 3. Ini disebabkan saya bertugas pada hari Sabtu bagi minggu 2 & 4.
ReplyDeleteWassalam
Pn. Izan