Sunday, July 19, 2009

Hari Sukaneka Tahun 2009 - bhg 1

Temasya Sukaneka SKSB1 Tahun 2009

1. Pada hari sabtu 18 Julai 2009, SKSB 1 telah mengadakan temasya sukaneka tahap 1 dengan jayanya.

2. Segalanya berjalan dengan lancar dan baik di samping kedatangan ibu bapa yang ramai untuk menyaksikan penglibatan anak anak dalam sukaneka ini.

3, Sekalung tahniah dan syabas kepada guru guru tahap satu dan guru guru yang terbabit dalam perlaksanaan sukan ini.

4. Beberapa gambar yang diambil akan saya post kan di blog ini, insya-allah.

5. Sekali lagi, buat warga SKSB1, tahniah diatas kejayan melaksanakan temasya sukaneka 2009.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

1. Masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di SKSB1 yang selama ini telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk memastikan kejayaan murid murid SKSB1.
2. Tidak dapat dinafikan guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan dan warganegara yang berguna.
3. Semangat dan pergorbanan yang dibuat oleh guru haruslah di hargai oleh semua pihak muids khasnya dan ibubapa amnya.
4. Kejayaan mereka yang berjawatan besar dan penting samaada di peringkat kerajaan mahupun korporat pada hari ini adalah hasil berkat usaha guru guru ini.
5. Penat lelah dan kerja keras mereka selama ini di terjemahkan dengan kejayaan murid murid samaada diperingkat akademik mahu pun sukan.
6. Telah banyak kali kita dengar bagaimana guru guru mengambil usaha sendiri tanpa meminta dan mengharap balas dengan apa yang mereka lakukan semata-mata untuk melihat dan memastikan kejayaan anak didik mereka ini.
7. Kepada guru guru semua khasnya di SKSB 1, Selamat Menyambut Hari Guru, dan ucapan terima kasih buat anda semua di atas apa yang anda telah lakukan selama ini demi melihat kejayaan anak bangsa.

Saturday, April 25, 2009

Pengumuman

1. Untuk makluman ibubapa yang hadir pada sessi perbincangan 18 April 2009, kelas study group yang dijadualkan bermula pada 25 April 2009, terpaksa DIBATALKAN. Ini kerana murid tahun 6 mempunyai kelas tambahan yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.
2. Kelas study group ini akan dimulakan pada Sabtu, 2 Mei 2009 , 9.00 pagi - 12.30 tgh bertempat di kantin sekolah SKSB1.
3. Facilitator yang telah menawarkan diri pada tarikh tersebut, di harapkan agar dapat hadir lebih awal untuk sessi penerangan dan maklumat.
4. Jika ada sebarang pertanyaan harap menghubungi En Sopi atau En Yusof untuk keterangan lanjut.

Monday, April 20, 2009

Majlis Permuafakatan ibubapa kali ke 2

1. Seperti yang dicatatkan sebelum ini, satu majis perbincangan antara ibubapa kali kedua telah diadakan di bilik PIBG pada 18 April 2009.
2. Kedatangan dari ibubapa adalah seramai 26 orang. Ada sebilangan ibubapa telah memberitahu awal tidak dapat menghadirkan diri kerana alasan yang tidak dapat dielakkan. Beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui.
3. Kelas study group ini akan diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan dari 9.00 pagi hingga 12.30 tgh. ianya dibuka kepada semua murid, tetapi ibubapa hendaklah hadir bersama-sama murid di awal kedatangan.
4. Sebanyak 5 study group akan dibentuk dan setiap study group akan dipimpin oleh seorang facilitator.
5. Ibubapa diminta memberi sumbangan untuk anak mereka yang akan menyertai program ini.
6. Kelas dijangkakan akan dimulakan pada 2hb May 2009.
7. Para ibubapa digalakkan untuk sama-sama hadir sewaktu seisi study group dan membantu menjadi faciliatator agar bilangan murid didalam satu study group itu adalah kecil.
8. Kekerapan aktiviti study group ini bergantung kepada kerjasama dari ibubapa yang menawarkan diri untuk menjadi facilitator untuk aktiviti ini.

Wednesday, April 15, 2009

Perjumpaan ibubapa kali ke 2

1. Berdasarkan maklumbalas yang saya terima, sambutan dari ibubapa amatlah mengalakkan. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar satu lagi pertemuan lanjutan dari pertemuan yang lalu diadakan dengan secepat mungkin untuk mengerakkan aktiviti kita ini.
2. Perjumpaan ini dicadangkan akan diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009 dari 9.30 pagi - 11. 30 pagi di kantin SKSB1.
3. Saya dan rakan akan menalipon ibubapa yang telah memberi persetujuan untuk bersama-sama dalam program ini untuk mengesahkan kedatangan mereka.
4. Agenda perjumpaan ini adalah seperti berikut :-
a) untuk mengumpul dana bagi tujuan aktiviti
b) untuk membuat jadual study-group dan pecahan kumpulan (tempoh masa belajar)
c) mengenal pasti dan penerangan tugas ibubapa
d) lain-lain perkara i.e penerangan cara untuk mengawal dan tunjuk-ajar study group
5. Buat masa ini, aktiviti ini hanya terbuka kepada anak-anak dari kalangan ibubapa yang telah menawarkan diri untuk terlibat dalam program ini sahaja. Ini adalah untuk memastikan agar semua ibubapa tahun 6 sama-sama terbabit dalam program ini demi kejayaan anak-anak mereka.

Monday, April 13, 2009

Perancangan dan Perlaksanaan

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terim kasih kepada semua ibubapa yang hadir pada majlis permuafakatan yang diadakan pada hari Sabtu 11 April 2009 yang lalu.
2. Berikut adalah rancangan yang telah dicadangkan pada hari tersebut :
a) kelas tambahan yang di ajar oleh guru luar
b) kelas anak angkat
c) kumpulan belajar / study group
d) latihan soalan tubi
e) memberi hadiah kepada pelajar sebagai galakan
3) Seperti yang di huraikan pada hari tersebut perancangan tanpa pelaksanaan akan kekal sebagai rancangan. Berdasarkan sambutan yang diberikan pada hari tersebut saya yakin kita mampu melaksanakan apa yang telah dirancangkan.
4. Saya akan kongsi bersama mengenai jumlah ibubapa yang telah menawar diri untuk terlibat dalam rancangan kita ini.
5. Dari situ kita akan berjumpa lagi sekali untuk merangka langkah seterusnya.
6. Seperti kata Pn Saba, penceramah motivasi tempohari, kita sebagai ibubapa mestilah menunjukkan kepada anak kita yang KITA KASIH akan MEREKA .
7. Dengan KASIH inilah kita akan berkorban masa dan tenaga kita untuk kejayaan anak-anak kita.
8. Kepada yang menawarkan diri terimakasih dari saya dan rakan AJK yang lain.

Friday, April 10, 2009

Study group

Buat anak -anak yang bakal mengambil UPSR tahun ini.

Faedah Belajar berkumpulan.

1. Meningkatkan keinginan untuk belajar.
2. Membangkitkan semangat kerjasama untuk mencari ilmu.
3. Memberi motivasi dan semangat belajar yang tinggi.
4. Menjalin persahabatan yang positif.
5. Membuang rasa bosan dan mengantuk serta lebih fokus.
6. Bertukar ilmu dan maklumat.
7. Belajar bekerja dan menguruskan kumpulan.
8. Melatih diri agar lebih berdisplin.
9. Menjimatkan masa.
10. Dapat menilaikan pencapaian rakan yang lain dan juga diri sendiri.
Apa yang di catitkan hanya lah sebahagian kecil dari faedah belajar secara berkumpulan. Apakah pandangan anda?