Monday, April 20, 2009

Majlis Permuafakatan ibubapa kali ke 2

1. Seperti yang dicatatkan sebelum ini, satu majis perbincangan antara ibubapa kali kedua telah diadakan di bilik PIBG pada 18 April 2009.
2. Kedatangan dari ibubapa adalah seramai 26 orang. Ada sebilangan ibubapa telah memberitahu awal tidak dapat menghadirkan diri kerana alasan yang tidak dapat dielakkan. Beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui.
3. Kelas study group ini akan diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan dari 9.00 pagi hingga 12.30 tgh. ianya dibuka kepada semua murid, tetapi ibubapa hendaklah hadir bersama-sama murid di awal kedatangan.
4. Sebanyak 5 study group akan dibentuk dan setiap study group akan dipimpin oleh seorang facilitator.
5. Ibubapa diminta memberi sumbangan untuk anak mereka yang akan menyertai program ini.
6. Kelas dijangkakan akan dimulakan pada 2hb May 2009.
7. Para ibubapa digalakkan untuk sama-sama hadir sewaktu seisi study group dan membantu menjadi faciliatator agar bilangan murid didalam satu study group itu adalah kecil.
8. Kekerapan aktiviti study group ini bergantung kepada kerjasama dari ibubapa yang menawarkan diri untuk menjadi facilitator untuk aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment