Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

1. Masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di SKSB1 yang selama ini telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk memastikan kejayaan murid murid SKSB1.
2. Tidak dapat dinafikan guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan dan warganegara yang berguna.
3. Semangat dan pergorbanan yang dibuat oleh guru haruslah di hargai oleh semua pihak muids khasnya dan ibubapa amnya.
4. Kejayaan mereka yang berjawatan besar dan penting samaada di peringkat kerajaan mahupun korporat pada hari ini adalah hasil berkat usaha guru guru ini.
5. Penat lelah dan kerja keras mereka selama ini di terjemahkan dengan kejayaan murid murid samaada diperingkat akademik mahu pun sukan.
6. Telah banyak kali kita dengar bagaimana guru guru mengambil usaha sendiri tanpa meminta dan mengharap balas dengan apa yang mereka lakukan semata-mata untuk melihat dan memastikan kejayaan anak didik mereka ini.
7. Kepada guru guru semua khasnya di SKSB 1, Selamat Menyambut Hari Guru, dan ucapan terima kasih buat anda semua di atas apa yang anda telah lakukan selama ini demi melihat kejayaan anak bangsa.