Wednesday, April 15, 2009

Perjumpaan ibubapa kali ke 2

1. Berdasarkan maklumbalas yang saya terima, sambutan dari ibubapa amatlah mengalakkan. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar satu lagi pertemuan lanjutan dari pertemuan yang lalu diadakan dengan secepat mungkin untuk mengerakkan aktiviti kita ini.
2. Perjumpaan ini dicadangkan akan diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009 dari 9.30 pagi - 11. 30 pagi di kantin SKSB1.
3. Saya dan rakan akan menalipon ibubapa yang telah memberi persetujuan untuk bersama-sama dalam program ini untuk mengesahkan kedatangan mereka.
4. Agenda perjumpaan ini adalah seperti berikut :-
a) untuk mengumpul dana bagi tujuan aktiviti
b) untuk membuat jadual study-group dan pecahan kumpulan (tempoh masa belajar)
c) mengenal pasti dan penerangan tugas ibubapa
d) lain-lain perkara i.e penerangan cara untuk mengawal dan tunjuk-ajar study group
5. Buat masa ini, aktiviti ini hanya terbuka kepada anak-anak dari kalangan ibubapa yang telah menawarkan diri untuk terlibat dalam program ini sahaja. Ini adalah untuk memastikan agar semua ibubapa tahun 6 sama-sama terbabit dalam program ini demi kejayaan anak-anak mereka.

1 comment:

  1. Salam.
    En. Nizam dan rakan-rakan, rasanya molek benar tarikh tu. Bagi yang tidak dapat hadir bersebab atau tidak, harap dapatlah menghantar wakilnya, sekurang-kurangya dapat juga memberi sokongan moral sekaligus dapat merealisasikan rancangan yang baik ini atas dasar permuafakatan bersama, "team work".
    "Creating possibilities".
    Wassalam. Naim

    ReplyDelete